Tuesday, April 23, 2013

Demokrasi Bukan Setakat Mengundi.......

Negara kita telah bersepakat untuk mengambil demokrasi sebagai cara negara ini berjalan. Tapi apakah itu demokrasi ? Secara mudah, demokrasi adalah kawalan kuasa supaya tidak ada pihak terutama yang mempunyai kuasa menjadi ANGKUH. Tiada yang membuli satu sama lain.  Ia adalah suatu sistem yang berpotensi melahirkan suasana aman-damai dan kondusif untuk maju melalui synergy sekira diamalkan dengan betul dan tanpa distortion.

Amalan mengundi untuk mencari puak yang akan mentadbir negara bagi pihak rakyat (selama lima tahun) adalah juga termasuk dalam usaha mengekang kuasa supaya  tidak menjadi angkuh. Ini dilakukan dengan rakyat menolak mana-mana puak yang telah terbukti menggunakan kuasa secara angkuh seperti menindas rakyat, berlaku tidak adil, korupsi, kronisma dan sebagainya.

Sistem demokrasi hanya boleh berjalan sempurna sekira rakyat tidak jahil atau dijahilkan. Dinegara kita usaha untuk mencerdikkan rakyat tidak ujud. Yang ujud hanyalah usaha untuk menjadikan rakyat pandai sahaja. Pandai membina bangunan, pandai mencari minyak, pandai mengurus tadbir dan sebagainya.

Apa bezanya antara pandai dan cerdik ?  "Pandai" lebih mirip kepada menjadikan sesuatu yang diingini berlaku; tetapi "cerdik" lebih mirip kepada mengelakkan atau menghindarkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Contohnya, Sang kancil semasa kakinya digigit buaya menggunakan kecerdikannya memberitahu buaya itu ranting buluh yang digigitnya.

Ilmu kecerdikan yang diperlukan rakyat kita ini ialah ilmu logik atau mantiq dan ilmu kenegaraan yang sebenar. Pada masa kini ilmu kenegaraan yang diajar dipusat pengajian undang-undang pun diacu mengikut selera lokal. Dan ini membuatkan kita lemah apabila bersaing dengan negara luar terutama dizaman globalisasi ini.


No comments:

Post a Comment